Monday, 14 March 2011

Knowledge Is Power

Keajaiban penghasilan madu dan sarang lebah

Seekor lebah pekerja dapat hidup selama 4 hingga 6 minggu. Selama tiga minggu selepas dilahirkan ia tinggal di dalam sarang. Tugas pertamanya ialah menjaga lebah - lebah yang sedang membesar. Ia memberi makanan kepada bayi lebah dengan madu dan debunga yang diambil daripada tempat simpanan. Apabila lebah pekerja ini mencecah umur 12 hari, tiba-tiba, lilin lebah mula dihasilkan di dalam badannya. Lilin lebah amat penting kepada lebah, kerana mereka membina sarang dengan lilin ini.
Korang dapat melihat gambar sarang lebah di atas. Dapatkah korang membina heksagon yang kemas seperti ini tanpa pembaris? Atau, dapatkan sehelai kertas kosong dan lukis bentuk heksagon dari satu penjuru kertas dan SEOrang kawan korang melukis daripada hujung lain. Dapatkah korang menghasilkan sebuah heksagon yang rapi, di tengah-tengah kertas, tanpa meninggalkan sedikit pun ruang? Pasti korang tidak akan dapat melakukannya, bukan? Untuk melakukannya, korang memerlukan peralatan dan korang perlu melakukan perkiraan yang kompleks. Tetapi, si lebah kecil ini yang baru berusia 12 hari, dapat menghasilkan sebuah sarang lebah yang sempurna. Tambahan pula, ia melakukannya tanpa sebarang peralatan. Setiap lebah memulakan pembinaan heksagon daripada satu sudut, dan bertemu di tengahnya. Korang mungkin dapat mengesan keluasan sarang lebah ini adalah sama. Bagaimanakah seekor lebah melaksanakan satu tugas yang tidak dapat dilakukan oleh SEOrang manusia dan ia melakukannya dengan cemerlang? Allahlah yang telah membenarkan lebah ini melakukan semua tugas-tugas tersebut. Allah telah menjadikan lebah bersama dengan kelebihan ini. 
http://mindcontrolblogspot.blogspot.com/2011/01/keajaiban-penghasilan-madu-dan-sarang.html

No comments:

Post a Comment