Sunday 20 February 2011

Taman Ternakan Lebah, Merchang

Taman ternakan lebah ini terletak di Kg Telaga Air Jambu Bongkok, Merchang Terengganu. Taman ini terletak di tepi jalan utama dari Dungun Menuju ke Kuala Terengganu. Di taman ini madu lebah asli boleh didapati kerana kaedah pemeliharaan asli dijalankan disini. Madu lebah asli sememangnya sejenis minuman yang menakjubkan sehingga digelar "jus ajaib" atau "jus misteri" kerana kandungan vitaminnya yang luar biasa.

Antara Kotak yang disediakan yang dijadikan sebagai sarang lebah. Setiap sarang mengandungi seekor ratu lebah yang dikelilingi di antara 20 dan 30 lebah jantan serta beribu-ribu lebah betina sebagai "lebah pekerja". Tugas lebah jantan hanyalah mengawan lebah ratu yang akan menghasilkan lebih 1,000 benih lebah dalam sehari. Lebah betina atau "lebah pekerja" pada kebiasaannya hidup dalam tempoh tujuh hingga lapan minggu manakala lebah ratu boleh hidup sehingga tujuh atau lapan tahun. Lebah jantan pula akan mati dalam masa yang singkat setelah ia mengawan dengan lebah ratu.

Selain daripada madu lebah asli madu kelulut juga di buat disini. Gambar menunjukan sarang kelulut dan pengunjung boleh singgah disini dan boleh melihat dengan lebih dekat sarang kelulut.

Disamping itu pengunjung juga boleh mencuba mengangkat sarang lebah ini dan anda mesti berhati-hati supaya lebah ini tidak menyerang anda.


Madu lebah banyak di gunakan dalam bidang perubatan. Taman ini juga menghasilkan propolis iaitu bahan antibiotik asli yang dipungut oleh lebah daripada kelopak bunga, bunga dan pokok. Ia terbukti secara saintifik dapat menghalang jangkitan kuman pada sistem saluran pernafasan, menguatkan daya tahan badan tanpa apa-apa kesan sampingan dan juga boleh menyembuhkan luka, kurap atau gatal-gatal pada badan. Di taman ini juga pengunjung juga boleh mendapatkan royal jelly (susu lebah) yang mempunyai tindakan antibakteria dan antivirus, menyembuh luka-luka di bahagian dalam badan dalam masa yang singkat dan berkesan untuk awet muda Selain itu, Taman ini juga menghasilkan propolis untuk beraneka kegunaan seperti balm untuk disapu pada badan, propolis madu dan propolis bahan.
sumber dari : 
http://bestariterengganu.blogspot.com/2010/09/taman-ternakan-lebah-merchang.html

No comments:

Post a Comment