Tuesday 19 April 2011

Taman Lebah Enterprise Bekal Pelbagai Produk Kesihatan


TERNAKAN LEBAH… Pekerja Taman Lebah Enterprise, Lee Shee Wui, 16, di Kampung Jambu Bongkok, menunjukkan lebah-lebah peliharaan syarikat itu. Baka lebah yang dipelihara berasal dari Itali dan dibiakkan di Melaka sebelum dihantar ke taman berkenaan. Foto: Rosli Awang
Taman Lebah Enterprise Bekal Pelbagai Produk Kesihatan
MARANG, 6 Nov (Bernama) -- Selepas produk berasaskan madu lebah aslinya mendapat sambutan hangat, Syarikat Soo Lee B-B Town Sdn Bhd yang berpusat di Melaka, kini mula mengorak langkah dengan membuka cawangannya di Terengganu Ogos lepas.

Pihak pengurusan syarikat itu yakin cawangan berkenaan yang terletak di Kampung Jambu Bongkok dekat sini akan membantu memperluaskan lagi pasaran produk kesihatan daripada madu lebahnya, khususnya di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung.

Sejak pembukaannya pelbagai produk kesihatan berasaskan madu lebah asli boleh didapati di cawangan syarikat itu yang dinamakan sebagai Taman Lebah Enterprise, sesuai dengan kaedah pemeliharaan lebah yang digunakannya secara semula jadi di situ.

Madu lebah asli sememangnya sejenis minuman kesihatan yang menakjubkan sehingga digelar "jus ajaib" atau "jus misteri" kerana kandungan vitaminnya yang luar biasa sehingga mampu mengatasi masalah resdong, darah tinggi, kencing manis, lelah, semput-semput, lemah jantung, sengal-sengal sendi dan beberapa penyakit lain.

Di taman itu pengunjung juga boleh mendapatkan royal jelly (susu lebah) yang mempunyai tindakan antibakteria dan antivirus, menyembuh luka-luka di bahagian dalam badan dalam masa yang singkat dan berkesan untuk awet muda.
http://web10.bernama.com/kpdnhep/newsBm.php?id=163651&

No comments:

Post a Comment