Tuesday, 19 April 2011

PROJEK PERLEBAHAN DI DAERAH MANJUNG


Projek perlebahan di Daerah Manjung mula dilaksanakan pada awal tahun 2009.  Terdapat lima orang pengusaha yang menjalankan projek ini.  Salah seorang pengusaha bernama Encik Norhizat bin Yeop yang mendapat bimbingan dari Jabatan Pertanian Negeri Perak.  Pada peringkat awal, projek ini dilaksanakan di Pasir Panjang, Sitiawan dan kemudian dipindahkan berdekatan (lebih kurang 1/4 ekar) Sungai Wangi Estet, Sitiawan yang merupakan kawasan projek jambu batu merah seluas 1,000 hektar, ladang jambu batu yang terluas di dunia (Golden Hope Plantation). 

Encik Norhizat bin Yeop, salah seorang
pengusaha lebah di daerah Manjung
Kini beliau bercadang memperluaskan projek perlebahannya dengan meletakkan kotak-kotak lebah dan gelodog (perangkap lebah) di plot kelapa di ladang pertanian Lekir.  Mulai bulan Januari-Mei, beliau bercadang meletakkan kotak-kotak lebah dan gelodog di bawah pokok getah dan pada bulan Jun-September di bawah pokok durian termasuklah pokok akasia dan pokok gelam (pokok hutan). 
http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/lebah.htm

No comments:

Post a Comment